;

SELAMAT DATANG KE ANJUNG SEJARAH JPWPKL

Semoga apa yang terkandung dalam blog ini dapat membantu guru-guru, pelajar dan sesiapa sahaja di luar sana yang mahukan kelainan dalam pembelajaran SEJARAH. Sebarang komentar, pertanyaan dan perkongsian ilmu bolehlah diemelkan kepada kami di sejpwpkl09@gmail.com. Sama-samalah kita MEMARTABATKAN SUBJEK SEJARAH.

NOTIS PENAFIAN:

Anda dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, audio, video dan isi kandungan blog ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, duplikasi, mekanik, rakaman atau cara lain tetapi pihak kami TIDAK BERTANGGUNGJAWAB di atas kesahihan sebarang maklumat yang dipaparkan.

Hak Cipta Bersama © 2009 - Team Anjung Sejarah JPWP Kuala Lumpur



;

BULETIN ANJUNG SEJARAH

MESYUARAT PENYELARASAN BAHAN-BAHAN BLOG SEJARAH JPWPKL PMR DAN SPM 2009 - Mesyuarat ini akan berlangsung pada 30 dan 31 Julai 2009 bertempat di Makmal Komputer, SMK Bandar Seri Permaisuri, Cheras, Kuala Lumpur dari jam 10.30 pagi hingga 4.00 petang. Semua guru terlibat telah dimaklumkan melalui surat dan diharapkan semua akan hadir bagi tujuan mengemaskini seterusnya memantapkan lagi kandungan blog. Bersama kita ke arah MEMARTABATKAN SUBJEK SEJARAH. Terima kasih!



Showing posts with label Teknikal Anjung. Show all posts
Showing posts with label Teknikal Anjung. Show all posts

Wednesday, July 29, 2009

Memasang Flash Dalam Blog

Katakanlah anda mempunyai fail flash atau teringin meletakkan flash tertentu di dalam blog anda tetapi anda tidak tahu kodnya, tentu sahaja anda akan berasa kecewa. Sebentar tadi, penulis baru menyiapkan sebuah banner berbentuk flash dan penulis ingin berkongsi cara untuk memasukkannya ke dalam blog.

Caranya cukup mudah.

1. Anda perlukan fail flash.

2. Muatnaik flash tersebut di Google Page Creator atau Geocities.

3. Masukkan flash tersebut ke dalam blog dengan kod berikut.



Tukarkan kod berwarna merah dengan alamat flash anda manakala kod berwarna biru dengan saiz ketinggian dan lebar yang bersesuaian.

4. Preview dan Publish Post jika berpuashati dengan hasilnya.

Selamat mencuba.


Sumber: http://eriyza.via.my/2009/03/memasang-flash-dalam-blog.html
NAK BACA LAGI - Memasang Flash Dalam Blog

Memasukkan Latar Belakang Pada Blog

Anda mahu tahu cara untuk meletakkan gambar di bahagian belakang blog? Ianya bertujuan untuk mencantikkan lagi blog anda jika anda pandai memilih padanan gambar dan warna yang menarik.


Caranya adalah seperti berikut.

1. Login ke Blogspot.

2. Pilih Layout - Edit HTML.

3. Download Full Template sebelum mengedit blog.

4. Cari body { dan tambahkan kod gambar pada background:$bgcolor; seperti di bawah.

body {
background:$bgcolor url(http://lamanweb.com/gambar.jpg);
color:$textcolor;
font:x-small "Trebuchet MS", Trebuchet, Verdana, Sans-serif;
font-size:small;
text-align:center;
margin:0;
}
5. Preview dan Save template jika anda puashati.

Anda perlu menukar http://lamanweb.com/gambar.jpg dengan gambar anda sendiri. Anda boleh mendapatkan banyak gambar latar belakang yang menarik di Bigoo. Itu saja caranya. Mudah dan ringkas.

Sumber: http://eriyza.via.my/2009/04/memasukkan-latar-belakang-pada-blog.html
NAK BACA LAGI - Memasukkan Latar Belakang Pada Blog

Saturday, July 25, 2009

Tuesday, May 26, 2009

CARA MEMBINA BLOG MENGGUNAKAN BLOGSPOT.COM

Pelbagai cara boleh digunakan untuk mebina sesebuah laman blog sendiri samada menggunakan blogspot, wordpress, drupal, thumblogger dan banyak lagi. Kali ini saya terangkan bagaimana untuk mebina blog anda sendiri menggunakan blogspot.

Blogspot ini adalah salah satu perkhidmatan blog yang disediakan secara percuma oleh Google.Bagi memudahkan anda sila daftar keahlian anda dengan Google terlebih dahulu dengan mendaftarkan akaun dengan Gmail.

1. Jika anda belum ada akaun Gmail. Sila klik di sini untuk mendaftarkan akaun Gmail.Tetapi jika ada sudah memilikki Gmail akaun teruskan membaca tutorial di bawah.

2.Setelah mempunyai Gmail akaun sila klik di sini untuk membina akaun blog anda pula.

3. Klik "create your blog now".


4.Sila penuhkan maklumat yang diminta. Untuk e-mail address saya menggalakkan anda menggunakan e-mail gmail anda tadi. Lengkapkan borang ini dan klik tick pada "term of service" dan klik "continue".


5.Masukkan nama blog anda, masukkan juga blog url anda (semak dulu url samada telah digunakan atau belum dengan klik "check availability" jika masih belum digunakan klik "continue".



6.Pilih template blog yang anda suka. Template ini boleh diubah-ubah kemudian nanti. Klik "continue".


7. Kini blog anda secara kasar sudah siap cuma anda perlu tetapkan bahagian-bahagian setting utama di dalam blog anda. Kemudian klik "start posting".



8.Sebelum anda membuat penulisan yang pertama anda perlulah membuat tetapan pada blog anda dahulu. Klik "Setting".



9.Tetapkan setting anda pada bahagian "basic" dahulu. Masukkan "description" blog anda, pilih tetapan (yes atau no) yang anda inginkan bagi lain-lain setting.Klik "Save setting" apabila selesai membuat tetapan.


10. Klik formating untuk membuat tetapan tarikh, hari,dan lain-lain. Kosongkan ruangan post template.Klik save setting. Dan anda buat tetapan untuk format simpanan archive blog anda pula. Klik setting archiving dan pilih samada anda ingin arkib simpanan blog anda dipaparkan dalam blog anda dalam bentuk harian, mingguan atau bulanan. klik save setting.

11. Ok sekarang mari kita buat tetapan untuk side menu blog kita pula. Klik Layout (Menu sebelah atas).Untuk edit profile anda klik edit (about me). Untuk memasukkan list kategori blog anda klik add page element kemudian klik label (add to blog). Masukkan tajuk label anda dan save. Untuk lain-lain page element saya akan ceritakan satu-persatu, lihat kategori blog saya klik kategori Web/blog saya akan ceritakan di kategori ini cara bagaimana untuk memasukkan page element yang lain seperti kalender, jam, poll dan sebagainya.



12. Klik posting untuk membuat penulisan anda. Anda boleh copy and paste di ruangan ini. Setelah selesai membuat penulisan masukkan kategori label anda mengikut kesukaan anda dan klik publish post.


13.Untuk melihat blog anda sila klik "View blog- open in a new window".
NAK BACA LAGI - CARA MEMBINA BLOG MENGGUNAKAN BLOGSPOT.COM

Cara Membina Blog Menggunakan Wordpress



Sebelum ini saya telah tunjukkan bagaimana membina blog sendiri menggunakan blogspot. Kali ini saya akan menunjukkan cara membina blog menggunakan wordpress pula secara percuma.

1. Daftar akaun anda dengan wordpress. (Klik di sini untuk mendaftar akaun percuma). Klik sign up now.


2. Penuhkan maklumat akaun yang diminta. (E-mail mestilah yang aktif kerana pengesahan akaun akan di buat menerusi e-mail). Tandakan tick pada kotak "Legat flotsam" kemudian klik next.

3.Masukan nama blog url anda (pastikan nama ini tidak pernah digunakan oleh orang lain), masukkan tajuk untuk blog anda kemudian klik "Sign up".

4. Aktifkan akaun wordpress anda dengan membuka e-mail yang anda daftarkan tadi kemudian buka e-mail yang dihantar secara automatik oleh wordpress dalam e-mail anda, klik link aktif wordpress anda. Kemudian klik login.


5. Log masuk ke dalam akaun wordpress anda. Sekarang mari kita pilih dan tukar template untuk blog kita. Klik "design".



6. Klik pada sample template yang anda inginkan. Kemudian jika anda berkenan template berkenaan klik active pada hujung penjuru sebelah kanan.


7. Untuk setting blog klik manage. Dan anda boleh membuat tetapan di sini seperti ingin deleted post anda, ingin tambah link url, ingin buat kategori dan sebagainya di sini.



8. Untuk membuat setting yang lain pada blog anda sila klik "Setting" pada hujung belah kanan.


9. Untuk mengubah atau mengemaskini profile peribadi anda klik user dan anda boleh mengubah profile atau memasukkan gambar anda di sini.

10.Untuk memulakan penulisan anda sila klik write. Dan anda boleh membuat penulisan anda di sini dan apabila telah selesai klik "publish". Untuk melihat blog anda klik visit site.

Petikan Sumber:
http://myblog-rizz.blogspot.com/search/label/Web%20%2F%20Blog
NAK BACA LAGI - Cara Membina Blog Menggunakan Wordpress

CARA MUDAH MEMBUAT FILE FORMAT PDF

File format PDF biasanya digunakan untuk membuat sesebuah E-Book. Jika menggunakan file format ini hak cipta kita lebih terpelihara dan tak mudah disunting oleh orang lain melainkan hanya boleh dibaca, dicetak atau disebarkan namun masih mengekalkan isi kandungan asal serta nama si penulis.
Biasanya kita menggunakan software Adobe Acrobat Professional untuk membuat file format pdf atau converter yang boleh convert dari word ke PDF format. Kali ni saya nak berkongsi dengan anda cara mudah untuk membuat file format pdf tanpa menggunakan software adobe tersebut.
1. Mula-mula download software windpdf kemudian install dalam komputer anda. (Sila Klik Di Sini). Untuk download. -Klik download.


2. Kemudian apabila sudah siap di-install WindPDF tadi dikomputer anda. Sila buka microsoft word untuk membuat e-book atau sebagainya. Setelah anda menyiapkan file untuk dijadikan e-book di dalam word ini mari kita tukarkan ke format pdf. Lihat dalam microsoft word anda -klik file - klik print-


3.Kemudian lihat pada printer setting, pilih winpdf klik ok.
4. Lihat format file adalah PDF. Save dalam komputer anda.

5. Anda memerlukan Acrobat reader untuk membaca file format pdf ini. Kini anda boleh membuat e-book anda sendiri menggunakan perisian dan cara ini.



6. Untuk membaca file format pdf ini anda perlu ada perisian adobe acrobat reader. File format pdf ini sesuai dan sangat popular untuk dijadikan e-book.

Petikan Sumber:
http://myblog-rizz.blogspot.com/2008/05/cara-mudah-membuat-file-format-pdf.html
NAK BACA LAGI - CARA MUDAH MEMBUAT FILE FORMAT PDF