;

SELAMAT DATANG KE ANJUNG SEJARAH JPWPKL

Semoga apa yang terkandung dalam blog ini dapat membantu guru-guru, pelajar dan sesiapa sahaja di luar sana yang mahukan kelainan dalam pembelajaran SEJARAH. Sebarang komentar, pertanyaan dan perkongsian ilmu bolehlah diemelkan kepada kami di sejpwpkl09@gmail.com. Sama-samalah kita MEMARTABATKAN SUBJEK SEJARAH.

NOTIS PENAFIAN:

Anda dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, audio, video dan isi kandungan blog ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, duplikasi, mekanik, rakaman atau cara lain tetapi pihak kami TIDAK BERTANGGUNGJAWAB di atas kesahihan sebarang maklumat yang dipaparkan.

Hak Cipta Bersama © 2009 - Team Anjung Sejarah JPWP Kuala Lumpur



;

BULETIN ANJUNG SEJARAH

MESYUARAT PENYELARASAN BAHAN-BAHAN BLOG SEJARAH JPWPKL PMR DAN SPM 2009 - Mesyuarat ini akan berlangsung pada 30 dan 31 Julai 2009 bertempat di Makmal Komputer, SMK Bandar Seri Permaisuri, Cheras, Kuala Lumpur dari jam 10.30 pagi hingga 4.00 petang. Semua guru terlibat telah dimaklumkan melalui surat dan diharapkan semua akan hadir bagi tujuan mengemaskini seterusnya memantapkan lagi kandungan blog. Bersama kita ke arah MEMARTABATKAN SUBJEK SEJARAH. Terima kasih!



Tuesday, May 26, 2009

CARA MEMBINA BLOG MENGGUNAKAN BLOGSPOT.COM

Pelbagai cara boleh digunakan untuk mebina sesebuah laman blog sendiri samada menggunakan blogspot, wordpress, drupal, thumblogger dan banyak lagi. Kali ini saya terangkan bagaimana untuk mebina blog anda sendiri menggunakan blogspot.

Blogspot ini adalah salah satu perkhidmatan blog yang disediakan secara percuma oleh Google.Bagi memudahkan anda sila daftar keahlian anda dengan Google terlebih dahulu dengan mendaftarkan akaun dengan Gmail.

1. Jika anda belum ada akaun Gmail. Sila klik di sini untuk mendaftarkan akaun Gmail.Tetapi jika ada sudah memilikki Gmail akaun teruskan membaca tutorial di bawah.

2.Setelah mempunyai Gmail akaun sila klik di sini untuk membina akaun blog anda pula.

3. Klik "create your blog now".


4.Sila penuhkan maklumat yang diminta. Untuk e-mail address saya menggalakkan anda menggunakan e-mail gmail anda tadi. Lengkapkan borang ini dan klik tick pada "term of service" dan klik "continue".


5.Masukkan nama blog anda, masukkan juga blog url anda (semak dulu url samada telah digunakan atau belum dengan klik "check availability" jika masih belum digunakan klik "continue".



6.Pilih template blog yang anda suka. Template ini boleh diubah-ubah kemudian nanti. Klik "continue".


7. Kini blog anda secara kasar sudah siap cuma anda perlu tetapkan bahagian-bahagian setting utama di dalam blog anda. Kemudian klik "start posting".



8.Sebelum anda membuat penulisan yang pertama anda perlulah membuat tetapan pada blog anda dahulu. Klik "Setting".



9.Tetapkan setting anda pada bahagian "basic" dahulu. Masukkan "description" blog anda, pilih tetapan (yes atau no) yang anda inginkan bagi lain-lain setting.Klik "Save setting" apabila selesai membuat tetapan.


10. Klik formating untuk membuat tetapan tarikh, hari,dan lain-lain. Kosongkan ruangan post template.Klik save setting. Dan anda buat tetapan untuk format simpanan archive blog anda pula. Klik setting archiving dan pilih samada anda ingin arkib simpanan blog anda dipaparkan dalam blog anda dalam bentuk harian, mingguan atau bulanan. klik save setting.

11. Ok sekarang mari kita buat tetapan untuk side menu blog kita pula. Klik Layout (Menu sebelah atas).Untuk edit profile anda klik edit (about me). Untuk memasukkan list kategori blog anda klik add page element kemudian klik label (add to blog). Masukkan tajuk label anda dan save. Untuk lain-lain page element saya akan ceritakan satu-persatu, lihat kategori blog saya klik kategori Web/blog saya akan ceritakan di kategori ini cara bagaimana untuk memasukkan page element yang lain seperti kalender, jam, poll dan sebagainya.



12. Klik posting untuk membuat penulisan anda. Anda boleh copy and paste di ruangan ini. Setelah selesai membuat penulisan masukkan kategori label anda mengikut kesukaan anda dan klik publish post.


13.Untuk melihat blog anda sila klik "View blog- open in a new window".

No comments: