;

SELAMAT DATANG KE ANJUNG SEJARAH JPWPKL

Semoga apa yang terkandung dalam blog ini dapat membantu guru-guru, pelajar dan sesiapa sahaja di luar sana yang mahukan kelainan dalam pembelajaran SEJARAH. Sebarang komentar, pertanyaan dan perkongsian ilmu bolehlah diemelkan kepada kami di sejpwpkl09@gmail.com. Sama-samalah kita MEMARTABATKAN SUBJEK SEJARAH.

NOTIS PENAFIAN:

Anda dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, audio, video dan isi kandungan blog ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, duplikasi, mekanik, rakaman atau cara lain tetapi pihak kami TIDAK BERTANGGUNGJAWAB di atas kesahihan sebarang maklumat yang dipaparkan.

Hak Cipta Bersama © 2009 - Team Anjung Sejarah JPWP Kuala Lumpur



;

BULETIN ANJUNG SEJARAH

MESYUARAT PENYELARASAN BAHAN-BAHAN BLOG SEJARAH JPWPKL PMR DAN SPM 2009 - Mesyuarat ini akan berlangsung pada 30 dan 31 Julai 2009 bertempat di Makmal Komputer, SMK Bandar Seri Permaisuri, Cheras, Kuala Lumpur dari jam 10.30 pagi hingga 4.00 petang. Semua guru terlibat telah dimaklumkan melalui surat dan diharapkan semua akan hadir bagi tujuan mengemaskini seterusnya memantapkan lagi kandungan blog. Bersama kita ke arah MEMARTABATKAN SUBJEK SEJARAH. Terima kasih!



Showing posts with label Anjung Team. Show all posts
Showing posts with label Anjung Team. Show all posts

Saturday, August 1, 2009

BIODATA PN.NORHAYATI MAT ZAIN


salam 1Malaysia...
Norhayati binti Mat Zain dilahirkan pada 6 Jun 1975 di Kampung Anak Kurau, Batu Kurau, Taiping Perak. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Seri Kurau,Kampung Anak Kurau dari tahun 1881-1987. Seterusnya melanjutkan pelajaran di peringkat menengah di SMK Dato' Kamaruddin, Batu Kurau, Perak (1988-1992).

Kerjaya guru bermula apabila ditawarkan mengikuti kursus perguruan asas di Maktab Perguruanb Sri Pinang,Pulau Pinang (telah ditutup) dari tahun 1994-1996 dalam bidang Pengajian Matematik. Setelah tamat pengajian, beliau ditugaskan di SMK Yaacob Latif Kuala Lumpur. Di sinilah bermulanya kerjaya beliau sebagai guru Sejarah apabila dipertanggungjawabkan untuk mengajar mata pelajaran sejarah tingkatan dua.

Setelah lima tahun mengajar, beliau menyambung pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda Sastera pengkhususan dalam bidang Sejarah di Universiti Malaya dari tahun 2001-2004. Kini beliau berkhidmat di SMK Seri Permaisuri, Kuala Lumpur. Beliau juga merupakan kakitangan Sumber Sejarah JPWPKL.

NAK BACA LAGI - BIODATA PN.NORHAYATI MAT ZAIN

Friday, July 31, 2009

Biodata Shaharudin Said



16 Disember 1965 bertempat di Tanjung Lumpur, Kuantan Pahang, aku di lahirkan disebuah perkampungan nelayan. Mendapat pendidikan awal di SK. Tanjung Lumpur dan meneruskan persekolahan di SABS Kuantan, Pahang.
1986 meneruskan pendidikan di Institut Perguruan Sultan Idris, Tg. Malim Perak. Mula bertugas di SK Taman Midah Kuala Lumpur. 1997 meneruskan pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia. Pada tahun 2000 memulakan tugas di SMK Taman Melati sehingga 2004. April 2004 bertugas di SMK Puteri Ampang Kuala Lumpur hingga kini.
NAK BACA LAGI - Biodata Shaharudin Said

Thursday, July 30, 2009

biodata Suraya Abdullah



Pada 08 Oktober 1975 lahirlah seorang puteri comel di Lenggong, Perak. Puteri comel itu kemudian dinamakan Suraya binti Abdullah. Memulakan alam persekolahan di SK Lubuk Kawah, Lenggong, Perak. Kemudian meneruskan pengajian menengah di SMK Sultan Azlan Shah, Lenggong, Perak. Selepas menamatkan tingkatan lima di sekolah tersebut, beliau meneruskan pengajian tingkatan enam di Raja Perempuan School, Ipoh, Perak.
Semasa bersekolah beliau merupakan pelajar yang sangat aktif di peringkat daerah dan negeri. Pernah dinobatkan sebagai Puteri Kokurikulum peringkat sekolah pada tahun 1991. Juga pernah menjadi Pengerusi Terbaik Forum Remaja Peringkat Negeri Perak pada tahun 1991. Beliau juga aktif dalam pertandingan pesta pantun sehingga pernah membawa Raja Perempuan School, Ipoh menjadi juara peringkat daerah pada tahun 1994 yang mana sebelum ini tidak pernah menjadi juara.
Kemudian melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya, Kuala Lumpur dalam bidang sains sosial dengan pengkhususan Sejarah dan Pengajian Melayu. Oleh kerana minat yang terlalu mendalam dalam bidang perguruan, beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang Diploma Pendidikan di Universiti Malaya dengan pengkhususan Sejarah dan Pendidikan Moral.
Memulakan dunia perguruan di SMK Dato’ Ahmad, Lenggong, Perak pada tahun 2000 Kemudian berpindah ke Kuala Lumpur setahun kemudian. Di Kuala Lumpur, beliau ditempatkan di SMK Taman Bukit Maluri, Kepong bermula tahun 2001 sehinggalah sekarang.
NAK BACA LAGI - biodata Suraya Abdullah

Biodata Masariah Mispari

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Tanjung Air Hitam, Pontian, Sekolah Dato” Penggawa Barat, Pontian, Johor. Melanjutkan pengajian di IPT dengan mendapat ijazah B.A.HONS, dan Diploma pendidikan di Universiti Malaya, serta Sarjana Sc. Pendidikan di Universiti Putra Malaysia. Beliau berpengalaman sebagai Jurulatih Utama mata pelajaran Sejarah Kebangsaan dan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan. Melibatkan diri secara aktif di Bahagian Teknologi Pendidikan, Bahagian Buku Teks, Pusat Perkembangan Kurikulum, Dewan Bahasa dan Pustaka, Persatuan Sejarah Malaysia, Bahagian Pendidikan Guru, Bahagian Nazir dan Jaminan Kualiti, Jabatan penilaian dan kompetensi serta Yayasan Titiwangsa. Turut terlibat dalam pengubalan kurikulum mata pelajaran Sejarah Sekolah Menengah Rendah dan Sekolah Menengah Atas serta di Institut Perguruan Malaysia. Terlibat dalam penulisan buku teks Sejarah serta pembentangan kertas kerja di Institut Perguruan Malaysia dan Institusi Pengajian Tinggi. Mempunyai minat dan cenderung dalam penulisan serta sensitif terhadap isu-isu bangsa dan patriotisme warga negara. Kini bertugas di Maktab Tentera Diraja sebagai guru Cemerlang Sejarah Gred Khas C. Beliau adalah penerima Anugerah Kesatria Mangku Negara (KSM) daripada Yang di-Pertuan Agong pada tahun 2008.
NAK BACA LAGI - Biodata Masariah Mispari

Biodata En.Mohamad Suhaimi Jawal




Anak jati Kuala Lumpur dilahirkan di Brickfields pada 31 Januari 1965. Dibesarkan dalam keluarga yang sederhana dan menekankan pendidikan agama di Kampung Lembah Jaya Selatan, Ampang, Selangor.
Pendidikan awal di SK Ampang. Pernah mendapat pendidikan di SMK Maahad Hamidiah,Kajang. Seterusnya ke Kolej Islam Kelang dan berakhir di Sekolah Alam Shah, Kuala Lumpur
Mendapat Sijil Perguruan di Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang dan mula mengajar pada Disember 1989 di SK Lahad Datu, Sabah dan kembali ke Kuala Lumpur pada Januari 1994.
Dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Sastera Sejarah dari USM, Pulau Pinang pada tahun 2000 dan mula mengajar matapelajaran Sejarah di SMK Sinar Bintang pada tahun 2002.
NAK BACA LAGI - Biodata En.Mohamad Suhaimi Jawal

BIODATA PN GIAN KAUR A/P HARJIT SINGH





Saya , Puan Gian Kaur a/p Harjit Singh telah menerima pendidikan di sekolah rendah dan menengah di St Bernadett’s Convent, Batu Gajah ,Perak sehingga tahun 1978. Kemudian, saya telah menyambung pelajaran ke Tingkatan Enam. Selepas itu saya telah menjalani Latihan Perguruan di Sungai Petani, kedah. Saya telah berkhidmat di S.K. Kelebang dan S.K. Tg. Rambutan.

Azam untuk menjejak langkah ke menara gading terkabul apabila mendapat tawaran pada tahun 1995. Dengan kelulusan B. A. Hons, saya meneruskan kerjaya saya sebagai guru berijazah di SMK Seri Ampang, Ipoh, Perak. Tahun 2004 saya mula mengajar di Kuala Lumpur di SMK Convent Bukit Nanas (CBN) di Kuala Lumpur.Setelah berkhidmat di sekolah CBN selama 4 tahun, saya memohon untuk bertukar ke SMK Kiaramas, Kuala Lumpur sehingga hari ini.
NAK BACA LAGI - BIODATA PN GIAN KAUR A/P HARJIT SINGH

Friday, July 24, 2009

BIODATA ENCIK SOHAIDIE BIN MOHD ZAIN




Dilahirkan pada 15 Mac 1967 di Kuala Krai, Kelantan. Mendapat pendidikan awal di SK Pahi, Kuala Krai dari tahun 1974-1980. Setelah itu mendapat pendidikan sekolah menengah di SMK Kuala Krai dari tahun 1981-1986.

Kerjaya beliau sebagai seorang guru bermula apabila mendapat tawaran melanjutkan pelajaran daripada Maktab Perguruan Ipoh, Perak pada tahun 1987 hingga 1989. Kerjaya guru beliau berkembang apabila ditempatkan di SK Telagus/Jerok, Simunjan, Sarawak pada Disember 1989. Pengalaman mengajar kali pertama ini sangat memberi kesan yang mendalam kepada beliau kerana di sinilah beliau mendapat pendedahan sebenar sebagai seorang guru selama 4 tahun.

Tahun 1994, beliau kembali semula bertugas di SK Taman Melawati (2), Kuala Lumpur. Berbekalkan impian untuk meneruskan cita-cita ke peringkat lebih tinggi, pada tahun 1995 beliau telah ditawarkan belajar di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Selama 4 tahun bertungkus lumus belajar di sini, beliau telah berjaya mendapat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (dengan Kepujian) Kelas Pertama pada Mac 1999 dalam bidang Sejarah dan Pengurusan Teknologi Maklumat.

Sekolah pertama beliau bertugas ialah di SMK Segambut Jaya bermula April 1999 hingga 2003. Seterusnya beliau bertukar ke SMK Taman Maluri hinggalah sekarang. Beliau telah dianugerahkan GURU CEMERLANG SEJARAH JPWPKL pada Februari 2009 dan kini bergiat aktif menabur jasa dan ilmu kepada semua demi merealitikan subjek SEJARAH di aras tertinggi.
NAK BACA LAGI - BIODATA ENCIK SOHAIDIE BIN MOHD ZAIN

Sunday, May 24, 2009

Segalanya Bermula Disini....



Team Anjung Sejarah JPWPKL 2009

SMK Seri Permaisuri, Cheras - 25 Mei 2009, Satu sejarah tersendiri telah tercipta buat Team Anjung Sejarah JPWPKL kerana telah bersepakat untuk menerbitkan blog subjek Sejarah JPWPKL. Meskipun dengan kekangan masa dan kepakaran kami yang terhad, kami dapat berbangga kerana dengan hanya berbekalkan kepakaran yang cetek mengenai blog kami akhirnya berjaya menerbitkan blog Anjung Sejarah JPWPKL.

Dari semasa ke semasa kami akan cuba memuatkan pelbagai bahan terkini buat tatapan pengunjung setia anjung kami. Semoga apa yang dipaparkan sedikit sebanyak dapat membantu meningkatkan prestasi subjek SEJARAH di peringkat Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. InsyaAllah!

NAK BACA LAGI - Segalanya Bermula Disini....