.jpg)
Pada 08 Oktober 1975 lahirlah seorang puteri comel di Lenggong, Perak. Puteri comel itu kemudian dinamakan Suraya binti Abdullah. Memulakan alam persekolahan di SK Lubuk Kawah, Lenggong, Perak. Kemudian meneruskan pengajian menengah di SMK Sultan Azlan Shah, Lenggong, Perak. Selepas menamatkan tingkatan lima di sekolah tersebut, beliau meneruskan pengajian tingkatan enam di Raja Perempuan School, Ipoh, Perak.
Semasa bersekolah beliau merupakan pelajar yang sangat aktif di peringkat daerah dan negeri. Pernah dinobatkan sebagai Puteri Kokurikulum peringkat sekolah pada tahun 1991. Juga pernah menjadi Pengerusi Terbaik Forum Remaja Peringkat Negeri Perak pada tahun 1991. Beliau juga aktif dalam pertandingan pesta pantun sehingga pernah membawa Raja Perempuan School, Ipoh menjadi juara peringkat daerah pada tahun 1994 yang mana sebelum ini tidak pernah menjadi juara.
Kemudian melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya, Kuala Lumpur dalam bidang sains sosial dengan pengkhususan Sejarah dan Pengajian Melayu. Oleh kerana minat yang terlalu mendalam dalam bidang perguruan, beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang Diploma Pendidikan di Universiti Malaya dengan pengkhususan Sejarah dan Pendidikan Moral.
Memulakan dunia perguruan di SMK Dato’ Ahmad, Lenggong, Perak pada tahun 2000 Kemudian berpindah ke Kuala Lumpur setahun kemudian. Di Kuala Lumpur, beliau ditempatkan di SMK Taman Bukit Maluri, Kepong bermula tahun 2001 sehinggalah sekarang.
No comments:
Post a Comment