;
BULETIN ANJUNG SEJARAH
MESYUARAT PENYELARASAN BAHAN-BAHAN BLOG SEJARAH JPWPKL PMR DAN SPM 2009 - Mesyuarat ini akan berlangsung pada 30 dan 31 Julai 2009 bertempat di Makmal Komputer, SMK Bandar Seri Permaisuri, Cheras, Kuala Lumpur dari jam 10.30 pagi hingga 4.00 petang. Semua guru terlibat telah dimaklumkan melalui surat dan diharapkan semua akan hadir bagi tujuan mengemaskini seterusnya memantapkan lagi kandungan blog. Bersama kita ke arah MEMARTABATKAN SUBJEK SEJARAH. Terima kasih!
Thursday, July 30, 2009
Biodata Masariah Mispari
Mendapat pendidikan awal di Sekolah Tanjung Air Hitam, Pontian, Sekolah Dato” Penggawa Barat, Pontian, Johor. Melanjutkan pengajian di IPT dengan mendapat ijazah B.A.HONS, dan Diploma pendidikan di Universiti Malaya, serta Sarjana Sc. Pendidikan di Universiti Putra Malaysia. Beliau berpengalaman sebagai Jurulatih Utama mata pelajaran Sejarah Kebangsaan dan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan. Melibatkan diri secara aktif di Bahagian Teknologi Pendidikan, Bahagian Buku Teks, Pusat Perkembangan Kurikulum, Dewan Bahasa dan Pustaka, Persatuan Sejarah Malaysia, Bahagian Pendidikan Guru, Bahagian Nazir dan Jaminan Kualiti, Jabatan penilaian dan kompetensi serta Yayasan Titiwangsa. Turut terlibat dalam pengubalan kurikulum mata pelajaran Sejarah Sekolah Menengah Rendah dan Sekolah Menengah Atas serta di Institut Perguruan Malaysia. Terlibat dalam penulisan buku teks Sejarah serta pembentangan kertas kerja di Institut Perguruan Malaysia dan Institusi Pengajian Tinggi. Mempunyai minat dan cenderung dalam penulisan serta sensitif terhadap isu-isu bangsa dan patriotisme warga negara. Kini bertugas di Maktab Tentera Diraja sebagai guru Cemerlang Sejarah Gred Khas C. Beliau adalah penerima Anugerah Kesatria Mangku Negara (KSM) daripada Yang di-Pertuan Agong pada tahun 2008.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment