Cikgu Rosle Bin Yasin dilahirkan di Salak Selatan, Sungai Besi, Selangor pada 12 Julai 1964. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Kampung Pandan, Kuala Lumpur. Meneruskan pendidikan di Sekolah Menengah Aminuddin Baki, Kuala Lumpur dan Yayasan Anda Akedemik, Kuala Lumpur sebelum melanjutkan pengajian di Universiti Malaya, Kuala Lumpur dari tahun 1984-1987.
Penempatan pertama di SMK Pengiran Omar Sipitang, Sabah dari tahun 1990-1995, setelah kembali ke Semenanjung pada Jun 1995, beliau telah ditempatkan di SMK Cheras, Kuala Lumpur.
Sebelum berkhidmat sebagai guru dengan Kementerian Pelajaran, pada tahun 1987 beliau menjadi tenaga pengajar di Yayasan Anda Akademik dan mengajar mata pelajaran sejarah kertas 2 STPM di tingkatan enam rendah dan enam atas. Pengalaman lalu terlibat mengajar sejarah di tingkatan 4 dan 5 di SMK Pengiran Omar, Sipitang Sabah, SMK Cheras, Kuala Lumpur dan SMK Danau Kota, K.L. Pernah juga terlibat mengajar tingkatan 1 dan 3 pada tahun 2005 dan 2006 di SMK Danau Kota.
Kini dipertanggungjawabkan memimpin Program Intergrasi Pendidikan Khas di SMK Danau Kota, Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur .